Back

Important information

Malaysian Privacy Policy

 

Macquarie Capital Securities (Malaysia) SDN BHD
Macquarie Equipment Leasing SDN BHD

Lihat versi Bahasa Inggeris 

Notis data peribadi berkaitan dengan akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta")

Notis data peribadi ini terpakai kepada mana-mana orang yang data peribadinya diproses oleh atau bagi pihak Macquarie Capital Securities (Malaysia) Sdn Bhd atau Macquarie Equipment Leasing Sdn Bhd ("kami" Terma-terma yang tidak ditakrifkan dalam notis ini akan mempunyai makna sepertimana diberi kepadanya dalam Akta (jika ada).

Jika anda membekalkan atau telah membekalkan kepada kami mana-mana data peribadi individu lain termasuk pengarah, pegawai dan/atau pekerja anda, anda (i) mewakili dan menjamin bahawa anda telah mendapatkan kebenaran berdasarkan maklumat yang mencukupi daripada setiap individu tersebut kepada pemprosesan data peribadinya oleh kami, (ii) akan memberikan kepada kami bukti persetujuan itu apabila diminta oleh kami, dan (iii) hendaklah memberikan sesalinan notis ini kepada setiap individu tersebut. Rujukan kepada "anda" dalam notis ini hendaklah termasuk semua subjek data yang relevan.

Sila ambil perhatian bahawa notis ini boleh dipinda dari semasa ke semasa dan subjek data hendaklah kerap melawat http://www.macquarie.my/mgl/my/en untuk kemaskini dan perubahan.

Data peribadi yang kami proses

Data peribadi yang diproses oleh kami mungkin termasuk satu atau lebih daripada yang berikut: Nama anda, alamat, bukti pengenalan (seperti Kad Pengenalan Identiti Nasional, lesen memandu dan pasport), butiran perhubungan, alamat e-mel, pekerjaan, sampel tandatangan, maklumat apa-apa pelanggaran atau sabitan di bawah mana-mana undang-undang yang lalu, kedudukan kewangan anda, hasil carian pihak ketiga, produk atau perkhidmatan berkenaan yang diberikan kepada anda dan apa-apa data peribadi lain yang dikehendaki untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 3 di bawah (secara kolektifnya "data peribadi anda").

Data peribadi sensitif termasuk maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan apa-apa kesalahan olehnya.

Walaupun ia adalah bukan wajib untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami, kegagalan untuk memberi data peribadi tersebut mungkin menyebabkan kami tidak dapat membuka atau meneruskan akaunakaun ataupun memberi perkhidmatan pembrokeran atau perkhidmatan kewangan.

Tujuan-tujuan

Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • untuk memenuhi kewajipan undang-undang atau peraturan di bawah undang-undang dan peraturanperaturan yang terpakai, seperti yang berkaitan dengan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (termasuk pengesahan pengenalan);
  • untuk mempertimbangkan permohonan untuk produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan (termasuk menilai dan/atau mengesahkan kepercayaan kredit anda);
  • untuk berkomunikasi dengan anda termasuk menjawab pertanyaan anda;
  • untuk memberikan kepada anda maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara yang ditawarkan/dianjurkan oleh kami, anggota gabungan kami atau rakan perniagaan kami;
  • untuk melaksanakan kawalan dan fungsi pengurusan risiko;
  • untuk menguatkuasakan hak-hak kami; dan
  • apa-apa tujuan sampingan atau incidental kepada tujuan-tujuan di atas yang lain.

Sumber-sumber

Data peribadi anda dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang anda bekalkan kepada kami, maklumat daripada pihak-pihak ketiga dan maklumat dalam domain awam.

Akses dan permintaan untuk pembetulan

Anda boleh menghubungi kami dengan menulis kepada kami sekiranya anda ingin meminta akses kepada data peribadi anda yang mana kami menyimpan tentang anda, meminta supaya data peribadi anda yang disimpan oleh kami dibetulkan, atau menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan atau penggunaan data peribadi anda oleh kami. Kami mungkin akan mengenakan satu bayaran yang munasabah untuk pemprosesan permintaan anda. Kami mungkin juga enggan mematuhi dengan permintaan anda selaras dengan Akta.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi, sila tujukan pertanyaan anda kepada [privacy@macquarie.com ] atau anda boleh menghantar pertanyaan anda secara bertulis kepada Complaint Officer ke alamat: Level 10, Menara Dion 27, Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur (Telefon no: +603 23810203).

Pendedahan data peribadi

Kami mungkin akan berkongsi data peribadi anda dengan entiti-entiti di dalam kumpulan syarikat Macquarie termasuk kesemua syarikat-syarikat berkaitan, anak syarikat, syarikat induk dan syarikat- syarikat bersekutu, dan mungkin mendedahkan data peribadi anda (sama ada di dalam atau di luar Malaysia):

  • sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai seperti yang berkaitan dengan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan, atau yang dikehendaki oleh pengawalseliaan, pemantauan, penguatkuasaan undang-undang atau badan-badan kerajaan;
  • kepada mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dalam pembelaan terhadap tuntutan-tuntutan atau penguatkuasaan hak-hak;
  • kepada pembekal perkhidmatan yang membekalkan perkhidmatan yang berkaitan dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • kepada penasihat-penasihat professional kami atas dasar keperluan sahaja; or
  • mana-mana orang yang lain yang kami dengan munasabahnya fikirkan wajar.

Pemindahan maklumat

Data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke satu tempat di luar daripada Malaysia.

Sekiranya versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis Data Peribadi ini adalah tak konsisten ataupun bercanggah, versi Bahasa Inggeris hendaklah berkuatkuasa.

Dengan membekalkan kepada kami data peribadi anda dan/atau sekiranya anda terus berdagang dengan kami (yang mana berkenaan), anda dengan ini bersetuju kepada pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, pendedahan dan pengekalan data peribadi anda selaras dengan semua perkara di atas.

Macquarie Capital Securities (Malaysia) Sdn Bhd
Macquarie Equipment Leasing Sdn Bhd

Februari 2014