|
Laman berikut memberi maklumat mengenai kegiatan Macquarie Group dan usaha samanya.
Kegiatan antarabangsa
Dana khusus
- Kumpulan Macquarie Capital Alliance (kod di ASX adalah MCQ)
Mempunyai mandat pelaburan global yang meluas dengan keupayaan untuk melabur dalam mana-mana sektor industri (kecuali hartanah)
- Kumpulan Macquarie CountryWide Trust(kod di ASX adalah MCW)
Sentiasa melabur dalam pasaraya dan pusat membeli-belah barangan runcit utama
- Macquarie DDR Trust (kod di ASX adalah MDT)
Sentiasa melabur dalam pusat membeli-belah komuniti di Amerika Syarikat
- Kumpulan Infrasturktur Macquarie (kod di ASX adalah MIG)
Merupakan salah satu pemaju jalanraya bertol terbesar di dunia.
- Dana Infrastruktur Korea Macquarie (kod di ASX adalah MKIF)
MKIF yang tersenarai di Bursa Saham Korea dan Bursa Saham London melabur dalam portfolio pelbagai aset infrastuktur di Korea
- Dana Macquarie Power Income Fund (kod di TSX adalah MPT.UN)
Sentiasa melabur dalam perniagaan-perniagaan yang terbukti berjaya di sektor tenaga dan infrastruktur di Amerika Utara. Melabur dalam syarikat dan aset tenaga di Amerika Utara.
- Kumpulan Macquarie Leisure Trust Group (kod di ASX adalah MLE)
Sentiasa melabur dalam sektor pelancongan dan hartanah yang berkaitan. Tersenarai di ASX.
- Macquarie Office Trust (kod di ASX adalah MOF)
Sentiasa melabur dalam hartanah pejabat komersial.
- Macquarie Central Office Corporate Restructuring REIT (kod di KSE adalah MCO)
Membeli Bangunan Kukdong setinggi 22 tingkat di Seoul CBD sebagai aset permulaannya.
- Dana Macquarie/ First Trust Global Infrastructure/ Utilities Dividend & Income (kod di NYSE adalah MFD) Tersenarai di dana penghujung tertutup NYSE, ia melabur dalam pengurusan, pemilikan dan/atau operasi aset infrastruktur dan pelbagai-gunaan. Macquarie Infrastructure Fund Advisor merupakan sub-penasihat untuk MFD.
- Dana Macquarie Global Infrastructure Total Return (kod di NYSE adalah MGU)
Tersenarai di dana penghujung tertutup NYSE yang sentiasa melabur dalam potfolio ekuiti tidak-terpelbagai, hutang, sekuriti diutama atau boleh-tukar dan instrumen-instrumen lain yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan sebaliknya, yang memiliki, menjalankan atau menguruskan aset-aset infrastruktur. Penasihat untuk dana ini adalah Macquarie Infrastructure Fund Adviser, LLC.
- Syarikat Infrastruktur Macquarie (kod di NYSE adalah MIC)
Tersenarai di NYSE, ia memiliki, menjalankan dan melabur dalam kumpulan perniagaan infrastruktur terpelbagai di Amerika Syarikat dan negara-negara maju lain.
- Kumpulan Media Macquarie (kod di ASX adalah MMG)
Sentiasa melabur secara global dalam aset-aset berkaitan media.
- Macquarie MEAG Prime REIT
Berpengkalan di Singapura, ia adalah pelaburan amanah hartanah yang melabur terutamanya dalam hartanah utama untuk tujuan runcit dan/atau pejabat, di Singapura dan luar Negara.
- Dana Infrastruktur Antarabangsa Macquarie (kod di SGX adalah M41)
Ianya di tubuhkan untuk memiliki, menjalankan dan melabur di seluruh dunia dalam kumpulan perniagaan-perniagaan infrastruktur terpelbagai.
Usaha sama, persekutuan dan anak syarikat
- MGPA
MGPA adalah sebuah firma penasihat ekuiti hartanah persendirian yang diuruskan secara bebas di mana tumpuannya adalah pelaburan hartanah di Eropah dan Asia.
- Macquarie Pacific Star
Macquarie Pacific Star adalah penerokaan bersekutu diantara Macquarie Group, ERGO Trust GmbH dan Investmore Enterprise Ltd, dan berfungsi sebagai pengurus dan pengurus hartanah untuk Macquarie MEAG Prime REIT.
- Macquarie Qantas Affinity Programme
Macquarie and Qantas telah bergabung untuk menawarkan pelanggan Qantas Frequent Flyers peluang untuk memperoleh angka Frequent Flyer dari gadai janji dan deposit berjangka.
- Medallist Developments
Membina hartanah yang berkaitan dengan golf di serata dunia. Usaha sama dengan Great White Shark Enterprises milik Greg Norman.
- Urban Pacific
Pembina bandar nasional yang menerima penghargaan, dan menghasilkan masyarakat perumahan dan daerah tempat tinggal yang terkemuka.
- Diversified Utility and Energy Trusts (DUET)
Dana pelaburan yang pada asasnya melabur dalam aset utiliti dan tenaga di Australia dan New Zealand.
|
|
|