|
|
|
|
Polisi PersendirianTeras kejayaan Macquarie ialah komitmen kami kepada klien kami. Tanpa keberatan, kami memenuhi kewajipan kami untuk menghormati dan melindungi kesulitan maklumat peribadi individu dengan siapa kami berurusan. Maklumat yang kami kumpulkanApabila berpatutan dan praktis, kami hanya mengumpulkan maklumat mengenai anda langsung daripada anda. Kami hanya mengumpulkan maklumat mengenai anda yang diperlukan untuk:
Pada amnya, kami memegang maklumat peribadi yang berkenaan dengan:
Pada amnya, kami tidak mengumpulkan maklumat yang sensitif mengenai anda kecuali jika diharuskan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Maklumat sensitif termasuk maklumat yang berkaitan dengan:
Kami mengumpulkan maklumat kesihatan di mana kami menawarkan keluaran dengan komponen insurans kepada pelanggan kami. Kami tidak menggunakan atau berkongsi maklumat tersebut bagi sebarang tujuan selain daripada menaja jamin atau mentadbir polisi, tuntutan atau akaun pelanggan, atau sebagaimana yang didedahkan kepada pelanggan apabila maklumat tersebut dikumpulkan. Bagaimanakah maklumat ini digunakanKami hanya menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi mengenai anda bagi tujuan didedahkan maklumat tersebut kepada kami atau tujuan berkenaan yang berpatutan diharapkan tanpa kebenaran anda. Misalnya, dari semasa ke semasa, kami mungkin menggunakan maklumat perbiadi anda untuk memberitahu anda tentang peluang pelbauran atau memberi maklumat mengenai keluaran dan perkhidmatan yang kami anggap mungkin menarik minat anda. Namun, kami menghormati hak anda untuk meminta kami agar tidak melakukan hal ini. Kami tidak menjual maklumat peribadi kepada badan lain untuk membolehkan mereka melakukan hal ini. Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi kepada penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan berkenaan dengan keluaran dan pekrhidmatan kami atau kami mungkin memberi maklumat mengenai anda kepada penasihat kewangan yang anda pilih, dengan kebenaran anda. Memastikan maklumat adalah tepat dan mutakhirKami mengambil segala langkah yang berpatutan untuk memastikan semua maklumat yang kami pegang adalah setepat mungkin. Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa dan meminta pembetulan jika anda rasa maklumat yang kami punyai mengenai anda tidak tepat atau tidak lengkap. Menjaga keselamatan maklumat andaKami menggunakan prosedur keselamatan dan teknologi terkini untuk melindungi maklumat yang kami pegang. Akses dan penggunaan maklumat peribadi dalam Macquarie dihadkan secara berpatutan untuk mencegah daripada penyalahgunaan atau pendedahan tidak sah maklumat tersebut. Jika badan-badan lain memberi perkhidmatan sokongan, kami mengharuskan badan-banda tersebut untuk melindungi kesulitan maklumat yang diberikan, secara berpatutan. Di mana maklumat peribadi yang kami kumpulkan tidak diperlukan lagi, kami akan menghapuskan maklumat atau menghapuskan butir pengenalan secara tetap. Bagaimanakah anda boleh mengakses maklumat andaAnda boleh menghubungi kami untuk meminta akses kepada maklumat anda. Dalam keadaan biasa, kami akan memberi anda akses penuh kepada maklumat anda. Namun, mungkin ada alasan undang-undang atau pentadbiran untuk menolak akses. Jika akses ditolak, kami akan memberi anda alasan mengapa demikian. Berurusan dengan Macquarie dalam talianJika anda mengunjungi tapak web Macquarie untuk mengimbas, membaca atau memuat turun maklumat, sistem kami akan mencatatkan kegiatan-kegiatan ini. Catatan tapak web ini tidak dapat dikenal pasti secara peribadi dan Macquarie tidak cuba mengaitkan catatan ini dengan individu yang mengimbas tapak ini. Maklumat akaun anda dilindungi dengan kata laluan dan kami mencadangkan agar anda tidak memberitahu kata laluan ini kepada sesiapa. Untuk lebih melindungi maklumat peribadi anda, log masuk anda akan habis tempoh secara automatik setelah tiada kegiatan selama masa tertentu. Macquarie tidak menjamin atau bertanggungjawab diatas amalan privasi atau kandungan tapak web lain yang kami rangkaikan. Cookie'Cookie' merupakan kelompok maklumat yang disimpan dalam pada komputer pengguna oleh tapak web bagi menyimpan rekod. Secara amnya, cookie digunakan di tapak Macquarie untuk:
Cookie juga digunakan bagi tujuan lain di tapak Macquarie tetapi dalam segala hal, tiada maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk mengenal pasti anda. Anda boleh menyesuaikan penyemak imbas anda untuk menerima semua cookie, menolak semua cookie, atau memberitahu anda apabila cookie dikirim. (Setiap penyemak imbas berlainan, jadi periksa menu “Help” penyemak imbas anda bagi menentukan cara untuk mengubah pilihan anda untuk cookie). Jika anda tidak membenarkan penggunaan cookie pada penyemak imbas anda atau menghapuskan atau menolak cookie tertentu daripada tapak web ini atau tapak yang berkaitan, anda mungkin tidak dapat memperoleh akses penuh ke semua kandungan dan kemudahan di tapak web ini. Hubungilah kamiSekiranya anda mempunyai soalan berkaitan polisi persendirian atau pengendalian maklumat kami, sila hubungi kami. |
| Maklumat penting
© 2002-2007 |
|
Selain daripada Macquarie Bank Limited ABN 46 008 583 542 (MBL), mana-mana anak syarikat Macquarie yang disebutkan pada laman ini adalah bukan badan yang diberi kuasa menerima deposit menurut Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989 (Akta 372) atau Akta Perbankan 1959 (Commonwealth of Australia). Kewajipan anak syarikat tersebut tidak merupakan deposit atau liabiliti lain MBL. MBL tidak menjamin atau memberi pengesyoran berkenaan dengan kewajipan anak syarikat tersebut, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
|