Panduan perhubungan   Peta Laman   Laman yang berkaitan  
Malaysia middle banner
   Laman utama      Tentang Macquarie      English  

Macquarie Securities

Macquarie Securities mempunyai salah satu pasukan penyelidik ekuiti dan jualan yang terbesar khususnya di rantau Asia Pasifik dengan jumlah kakitangan seramai 850 orang, termasuk 215 penyelidik ekuiti dan 250 orang kakitangan jualan dan jualan urusniaga, merangkumi 997 saham.

Macquarie Securities mempunyai keahlian di 18 bursa dan mempunyai keupayaan memasuki pusat-pusat kewangan utama.

Kami mempunyai pejabat-pejabat di Sydney, Melbourne, Perth, Auckland, Hong Kong, Singapore, Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Seoul, Taipei, Tokyo, Shanghai, Mumbai, London, Frankfurt, Geneva, New York, San Francisco, Boston dan Johannesburg.

Macquarie Securities Malaysia mempunyai sejumlah 12 kakitangan yang akan mengendalikan pemasaran, urusniaga dan penyelidikan. Dengan 5 penyelidik kanan meliputi 40 saham, keluasan penyelidikan kami merangkumi 75 peratus Komposit Index Kuala Lumpur bagi perniagaan pembrokeran yang telah dirancang.

Kehadiran penyelidik kami sebenarnya bermula seawal tahun 1989 dan Macquarie telah mengambilalih perniagaan ini dari ING pada tahun 2004. Pada masa kini, rangkuman penganalisa kami mencakupi sektor perbankan, telekomunikasi, utiliti, perjudian, hartanah, otomobil, media, minyak dan gas, dan perladangan.

Sebagai salah satu daripada lima broker asing yang akan diberikan kelulusan untuk beroperasi di Malaysia, Macquarie Securities dijangka akan berurus niaga secara terus di Malaysia menjelang akhir Oktober 2005.



  Maklumat penting
© 2002-2007 Kumpulan Macquarie
 

Selain daripada Macquarie Bank Limited ABN 46 008 583 542 (MBL), mana-mana anak syarikat Macquarie yang disebutkan pada laman ini adalah bukan badan yang diberi kuasa menerima deposit menurut Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989 (Akta 372) atau Akta Perbankan 1959 (Commonwealth of Australia).  Kewajipan anak syarikat tersebut tidak merupakan deposit atau liabiliti lain MBL.  MBL tidak menjamin atau memberi pengesyoran berkenaan dengan kewajipan anak syarikat tersebut, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.