Close Window


Maklumat penting

Tapak web ini

Tapak web ini dikendalikan oleh dan bagi pihak Macquarie Group Limited (ABN 94 122 169 279) (Macquarie) dan badan-badan syarikat yang berkaitan (Macquarie Group).

Maklumat pada tapak ini boleh berubah tanpa pemberitahuan, dan oleh demikian, Macquarie Group mencadangkan agar anda langsung menghubungi kakitangan Macquarie Group sebelum mengambil tindakan atas bahan pada tapak ini. Maklumat pada tapak internet ini ditujukan dan disediakan bagi penduduk Malaysia sahaja, dan bukan tawaran atau pencarian pelanggan bagi pembelian sekuriti, unit atau pelaburan, kecuali jika dinyatakan sebaliknya dengan jelas. Walaupun Macquarie memberi maklumat ini dengan tulus hati, tidak diterima sebarang tanggungjawab sama ada maklumat ini tepat, lengkap atau mutakhir.

Pautan Tapak Web

Tapak ini mungkin mengandungi beberapa pautan ke tapak web lain yang dikendalikan oleh badan-badan syarikat yang bukan dimiliki oleh Macquarie Group.  Pautan-pautan ini adalah disediakan khusus untuk anda mendapatkan maklumat berkenaan barangan dan badan-badan syarikat lain yang berkaitan.  Macquarie Group tidak mempunyai kawalan keatas maklumat ditapak-tapak ini atau barangan atau perkhidmatan mereka, dan oleh itu Macquarie tidak bertanggungjawab keatas ketepatan atau kesesuaian maklumat, perkhidmatan atau barangan yang dihuraikan oleh mereka. Anda dinasihatkan supaya membuat pertanyaan secara terus dengan pihak ketiga yang dinyatakan atau yang dipautkan ditapak ini. Penyertaan pautan pihak ketiga seharusnya tidak dianggap sebagai pengesahan daripada mereka terhadap tapak ini.

Melalui pautan dengan tapak-tapak yang dikendalikan oleh pihak ketiga, Macquarie Group tidak memberi kebenaran untuk pengeluaran semula sebarang bahan dari tapak-tapak berkenaan kerana bahan-bahan berkenaan mungkin tertakluk dibawah hak barangan intelektual

Aplikasi perisian dapat diakses daripada tapak ini

Beberapa aturcara perisian yang dapat dimuat turun melalui paut daripada tapak ini merupakan keluaran milik pihak ketiga. Anda menggunakan perisian pihak ketiga sedemikian atas risiko sendiri. Perisian sedemikian mungkin sekali tertakluk pada syarat-syarat pelesenan yang dikuatkuasakan oleh pemilik perisian tersebut.

Sampai tahap yang dibolehkan undang-undang, Macquarie Group mengecualikan segala liabiliti berhubungan dengan  menggunakan atau memuat turun sebarang perisian (pihak ketiga atau sebaliknya) yang dapat diakses daripada tapak ini. Macquarie Group tidak memberi sebarang pengesyoran dan tidak memberi sebarang jaminan berkenaan dengan perisian sedemikian. Khususnya, sampai had yang dibolehkan hukum, Macquarie Group mengecualikan segala liabiliti atas kerosakan (termasuk, tanpa had, kehilangan data, gangguan terhadap bisnes dan kehilangan untung) akibat virus atau akibat lain daripada menggunakan atau memuat turun sebarang perisian (pihak ketiga atau sebaliknya) yang dapat diakses melalui tapak ini.

Hak Cipta dan Tanda Dagang

Macquarie Group merupakan sama ada pemilik atau pengguna berlesen untuk bahan di tapak ini. Anda tidak boleh menyalin, menyesuaikan, memuat naik, membuat paut, menyampaikan, mengudarakan, mengagihkan atau mengirim dengan sebarang cara bahan di tapak ini tanpa izin bertulis Macquarie Group, selain daripada takat yang perlu untuk melihat bahan tersebut atau sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Nama Macquarie dan semua tanda dagang yang berkaitan (termasuk, tanpa had, tanda alat Dolar Berlubang) merupakan tanda dagang Macquarie Group.

Kesulitan

Macquarie mempunyai komitmen untuk menyediakan mutu tertinggi perkhidmatan kewangan dalam persekitaran yang dipercayai. Sila baca kenyataan dasar kesulitan untuk memahami bagaimana maklumat peribadi anda akan ditangani semasa anda menggunakan tapak ini.

Penipuan

Macquarie mempunyai komitmen untuk menyediakan mutu tertinggi perkhidmatan kewangan dalam persekitran yang dipercayai. Sila baca kenyataan email palsu untuk maklumat lanjut.



  Maklumat penting
© 2002-2007
 

Selain daripada Macquarie Bank Limited ABN 46 008 583 542 (MBL), mana-mana anak syarikat Macquarie yang disebutkan pada laman ini adalah bukan badan yang diberi kuasa menerima deposit menurut Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989 (Akta 372) atau Akta Perbankan 1959 (Commonwealth of Australia).  Kewajipan anak syarikat tersebut tidak merupakan deposit atau liabiliti lain MBL.  MBL tidak menjamin atau memberi pengesyoran berkenaan dengan kewajipan anak syarikat tersebut, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.