![]() |
![]() |
![]() |
Waspadai penipuan melalui e-mel – BERITA TERBARU*** Penipuan terbaru melalui e-mel mampu mencuri nama pengguna dan kata laluan anda Baru-baru ini Macquarie Bank dan bank lain telah menjadi menjadi subjek untuk permintaan palsu melalui e-mel tersebut. E-mel telah dihantar kepada banayak individu oleh pihak yang mendakwa bahawa mereka merupakan wakil Macquarie. Dalam beberapa kes, nama sebilangan eksekutif kanan kami telah digunakan. E-mel baru-baru ini kononnya memberitahu penerima tentang kemenangan loteri di luar negara atau layak sebahagian daripada harta warisan yang besar. Ini merupakan variasi darpada “Surat Nigeria” atau penipuan dalam bentuk bayaran muka. E-mel lain meminta maklumat peribadi seperti PIN atau kata laluan dan mengandungi pautan ke tapak web yang palsu, tetapi kelihatan asli. Macquarie, sama seperti kebanyakan bank lain, tidak akan meminta pelanggan untuk mendedahkan kod akses Macquarie atau kata laluan untuk akaun mereka. Macquarie Bank dan eksekutifkanankami tidak mempunyaikaitandengan penipuan ini. E-mel ini merupakan penipuan dan telah dilaporkankepada pihak yang berkuasa yang berkaitan. Apa yang harus anda lakukan jika anda menerima pertanyaanJika anda menerima e-mel sedemikian atau apapun yang dicurigai berkaitan dengan kegiatan penipuan berkenaan dengan Macquarie, sila jangan balas. Segera hubungi kami dengan e-mel ke Report_scams@macquarie.com. Sekiranya mungkin, kirimkan e-mel yang dicurigai itu sebagai lampiran, dan tidak ‚forward’, kerana ini membantu dalam mengenalpasti penulis dan puncanya. Apa yang sedang dilakukan oleh Macquarie tentang hal ini?Kami memandang serius tentang penipuan ini. Semua penipuan yang kononnya mempunyai kaitan dengan Macquarie akan dikirimkan kepada pihak yang berkuasa yang berkaitan untuk dijejaki dan disiasat. Macquarie sedang bekerjasama dengan yang lain dalam industri ini dan pihak berkuasa untuk menghentikan kegiatan penipuan ini. Usaha ini termasuklah bekerjasama secara lintas jurisdiksi untuk menutup tapak web, alamat e-mel dan nombor telefon yang digunakan oleh pihak yang menipu. Bagaimanakah anda boleh mencegah daripada tertipu?Untuk waktu terdekat, perlindungan terbaik untuk anda sebagai pelanggan dan orang awam, ialah dengan mengikuti peraturan berikut:
|
![]() |
![]() |
Maklumat penting
© 2002-2007 |
|
Selain daripada Macquarie Bank Limited ABN 46 008 583 542 (MBL), mana-mana anak syarikat Macquarie yang disebutkan pada laman ini adalah bukan badan yang diberi kuasa menerima deposit menurut Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989 (Akta 372) atau Akta Perbankan 1959 (Commonwealth of Australia). Kewajipan anak syarikat tersebut tidak merupakan deposit atau liabiliti lain MBL. MBL tidak menjamin atau memberi pengesyoran berkenaan dengan kewajipan anak syarikat tersebut, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
|