Panduan perhubungan   Peta Laman   Laman yang berkaitan  
Malaysia middle banner
   Laman utama      Tentang Macquarie      English  

Mengenai Macquarie Group

Macquarie Group (Macquarie) merupakan organisasi global yang menyediakan perkhidmatan perbankan, kewangan, nasihat, pelaburan dan pengurusan dana.

Tumpuan perniagaan utama Macquarie adalah memberi hasil dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang beraneka ragam kepada para pelanggan. Macquarie bertindak bagi pihak pelanggan   institusi, korporat dan individu serta syarikat gabungan di serata dunia.

Macquarie Group Limited berdaftar di Australia (ASX:MQG) dan diawasi oleh APRA, pengawas perbankan Australia, sebagai pemilik Macquarie Bank Limited, sebuah penerima deposit yang diluluskan. Macquarie juga memiliki sebuah bank di United Kingdom, iaitu Macquarie Bank International, yang juga diawasi oleh FSA. Kegiatan Macquarie juga diamati badan pengawas lain di serata dunia.

Sebagai pemilik dan pengurus aset-aset penting masyarakat, Macquarie bekerjasama secara dekat dengan kerajaan di serata dunia untuk menyediakan perkhidmatan penting, termasuk pengangkutan, jalan raya, lapangan terbang dan bekalan elektrik, air dan gas. Pakar-pakar dana yang mengendalikan aset-aset ini telah menyumbang lebih kurang 13 peratus daripada jumlah pendapatan operasi dasar Macquarie untuk tahun berakhir 31 Mac 2009.

Pendekatan Macquarie terhadap pengurusan risiko telah lama wujud. Amalan yang tegas   dalam pengurusan risiko merupakan sebahagian daripada pengurusan unit perniagaan dengan pengawasan pusat terhadap risiko kredit, pasaran, pendanaan, kepatuhan dan kendalian. Perkara-perkara ini, di samping mempunyai staf yang berkualiti serta komitmen yang tinggi, merupakan pengacu utama kejayaan Macquarie.

Diasaskan pada tahun 1969, Macquarie beroperasi di lebih daripada 70 lokasi pejabat di 26 buah negara. Macquarie mempunyai lebih 12,700 kakitangan dan aset berjumlah $A243 bilion yang diuruskan setakat 31 Mac 2009.

Macquarie Group Limited

Report
Short-term rating and outlook
Long-term rating and outlook
Fitch Ratings
F-1/Stable
A/Stable
Moody's Investors Service
P-1/Stable
A2/Negative
Standard & Poor's A-2*

A-/Negative

*Standard & Poor's does not place outlook statements on short term ratings.

Macquarie Bank Limited

Report
Short-term rating and outlook
Long-term rating and outlook
Fitch Ratings
F-1/Stable
A+/Stable
Moody's Investors Service
P-1/Stable
A1/Negative
Standard & Poor's A-1*

A-/Negative

*Standard & Poor's does not place outlook statements on short term ratings.

Kumpulan perniagaan dan bahagian-bahagian Macquarie

Macquarie dibahagikan kepada lima kumpulan  dan dua bahagian operasi di mana perniagaan-perniagaan individu dijalankan.. Setiap kumpulan dan bahagian   mempunyai pakar-pakar produk atau sektor pasaran yang tersendiri   dan bekerjasama secara terdekat. Keseluruhannya, hubungan pelanggan dengan Macquarie amat diutamakan.

Semua kegiatan perniagaan termasuk dalam suatu kerangka pengurusan risiko yang teguh dan dibantu oleh sebilangan kumpulan sokongan daripada seluruh Macquarie.

Kumpulan

Macquarie Capital (MacCap)

Macquarie Capital terdiri daripada perniagaan badan penasihat, jaminan ekuiti dan pakar dalam pengurusan dana  daripada Macquarie Group.

Dengan pejabat di Australia, New Zealand, Asia, Amerika Utara, Eropah, Afrika Selatan dan Timur Tengah, Macquarie Capital menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk kemampuan pakar dalam:

  • Nasihat untuk penggabungan dan pemerolehan, ambil alih dan penstrukturan semula korporat
  • Pasaran modal ekuiti, serta pengurusan dan pengumpulan modal hutang
  • Pengurusan dana pakar (termasuk dana infrastruktur dan hartanah)
  • Penstrukturan dan pengagihan hutang
  • Pengajuan ekuiti swasta
  • Produk-produk utama

Pada 1 Januari 2009, sebahagian daripada platform Kumpulan Hartanah digabungkan dengan Macquarie Capital untuk menghasilkan sebuah integrasi platform hartanah terpadu, demi memaksimumkan peluang pertumbuhan hartanah domestik dan antarabangsa (termasuk pengurusan dana, nasihat dan kegiatan utama) serta memanfaatkan kepakaran daripada semua kumpulan industri dan produk Macquarie Capital.

Kumpulan Sekuriti Macquarie (MSG)

Kumpulan Sekuriti Macquarie ditubuhkan pada tahun 2008 dengan menggabungkan kegiatan operasi Kumpulan Pasaran Ekuiti (kecuali Bahagian Produk Dana) dan Bahagian Sekuriti Modal Macquarie daripada Macquarie Capital.

MSG terdiri daripada tiga bahagian:

Bahagian Tunai beroperasi sebagai sebuah broker institusi ekuiti tunai  di kawasan Asia Pasifik. Di tempat lain di dunia, bahagian ini beroperasi sebagai sebuah institusi broker ekuiti. Bahagian ini menyediakan Pasaran Modal Ekuiti melalui usaha sama dengan Penasihat Modal Macquarie.

Bahagian Delta1 menggabungkan perniagaan kewangan, perdagangan arbitraj dan produk sintetik daripada kumpulan ini. Bahagian ini melayani pelanggan institusi dan dana lindung nilai di pelbagai pasaran melalui pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pinjam meminjam sekuriti serta produk akses.

Bahagian Derivatif menawarkan pelaburan, produk perdagangan dan perkhidmatan pengurusan risiko yang dikaitkan dengan ekuiti, untuk pelanggan borong dan individu.

Kumpulan Perbendaharaan dan Komiditi (TCG)

Kumpulan Perbendaharaan dan Komiditi Macquarie menlingkupi:

  • Produk kewangan komoditi, tenaga dan persekitaran, penstrukturan dan perdagangan fizikal dan derivatif
  • Komiditi (logam, emas dan pertanian) serta kewangan tenaga
  • Pelaksanaan niaga hadapan (derivatif berdaftar) serta penyediaan pelunasan dan platform
  • Kegiatan pengaturan, penstrukturan dan pengajuan hutang
  • Penstrukturan dan perdagangan kadar bunga dan derivatif kredit
  • Perdaganan bursa asing, penyediaan platform dan penstrukturan
  • Perkhidmatan borong dan nasihat bon pasaran yang sedang muncul

Kumpulan Dana Macquarie (MFG)

Kumpulan Dana Macquarie merupakan sebuah pengurusan dana yang memberi perkhidmatan penuh dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun di 16 lokasi di serata dunia. Kumpulan ini menawarkan sejumlah pelaburan, bagi pelabur individu mahupun institusi, dalam pelbagai golongan aset. Ini termasuk:

  • Ekuiti
  • Infrastruktur yang berdaftar di bursa
  • Ekuiti swasta dan dana lindung nilai daripada dana
  • Hartanah berdaftar
  • Matawang
  • Pendapatan tetap
  • Wang tunai

MFG terbentuk pada bulan Ogos 2008 daripada penggabungan perniagaan dana dan perniagaan produk berstruktur berdasarkan dana daripada Kumpulan Pengurusan Dana, Bahagian Produk Dana Kumpulan Pasaran Ekuiti dan Bahagian Produk Modal.

Kumpulan Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan (BFS)

Produk dan perkhidmatan daripada Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan termasuk:

  • Amanah Pengurusan Wang Tunai (CMT), Perkhidmatan Portfolio Premium dan Perisian Perancangan Kewangan Coin
  • Perkhidmatan penuh perdagangan saham
  • Perkhidmatan perbankan berdasarkan hubungan untuk perniagaan dan profesional
  • Perbankan swasta dan pengurusan kekayaan eksekutif
  • Pengurusan portfolio swasta
  • Pengurusan gadai janji
  • Kad kredit (pengeluar dan penyedia perkhidmatan borong)
  • Insurans nyawa
  • Pengurusan dan pentadbiran dana
  • Perdagangan saham dalam talian

Bahagian

Kewangan Korporat dan Aset (CAF)

Kewangan Korporat dan Aset menyediakan perkhidmatan modal, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan berkaitan yang membawa pembaharuan mahupun yang tradisional, kepada para pelanggan yang beroperasi di pasaran antarabangsa terpilih. Dengan pejabat di Australia, New Zealand, Asia, Amerika Utara dan Eropah, Kewangan Korporat dan Aset merupakan pakar dalam:

  • Kewangan sewa dan aset
  • Penyelesaian hutang dan kewangan yang disesuaikan
  • Pemasaran kembali, pemerolehan dan perdagangan aset

Bahagian Perbankan Hartanah (REB)

Kegiatan Bahagian Perbankan Hartanah melingkungi pengurusan dana hartanah yang berdaftar dan tidak berdaftar, pengurusan aset, pelaburan hartanah, nasihat, pengurusan pembangunan serta kewangan projek dan pembangunan hartanah. Pada 31 Mac 2009, lebih daripada $A14.8 bilion dalam aset dana hartanah telah diuruskan oleh bahagian ini dan syarikat gabungan.

REB mempunyai pejabat di Australia, China, Afrika Selatan, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

REB dibentuk melalui penggabungan perniagaan kewangan dan pelaburan hartanah.

 



Related pages Related pages
Laporan Tahunan and keputusan-keputusan
 

  Maklumat penting
© 2002-2009 Kumpulan Macquarie
 

Selain daripada Macquarie Bank Limited ABN 46 008 583 542 (MBL), mana-mana anak syarikat Macquarie yang disebutkan pada laman ini adalah bukan badan yang diberi kuasa menerima deposit menurut Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989 (Akta 372) atau Akta Perbankan 1959 (Commonwealth of Australia).  Kewajipan anak syarikat tersebut tidak merupakan deposit atau liabiliti lain MBL.  MBL tidak menjamin atau memberi pengesyoran berkenaan dengan kewajipan anak syarikat tersebut, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.