Panduan perhubungan   Peta Laman   Laman yang berkaitan  
Malaysia middle banner
   Laman utama      Tentang Macquarie      English  

Yayasan Kumpulan Macquarie

Adalah menjadi falsafah Kumpulan Macquarie sebagai syarikat yang menjadi sebahagian daripada masyarakat di mana ia beroperasi untuk memenuhi   salah satu daripada tanggungjawabnya berusaha ke arah kebaikan masyarakat tersebut. Pemikiran inilah yang mendorong pada peringkat awal program sokongan masyarakat Macquarie yang telah secara rasminya menubuhkan Yayasan Kumpulan Macquarie pada tahun 1984.

Selama ini, Macquarie telah menyokong ratusan organisasi yang berusaha memberi sokongan dan mempertingkatkan masyarakat yang kami duduki dan bekerja. Yayasan Kumpulan Macquarie menyokong lebih 800 organisasi masyarakat seluruh dunia melalui pemberian geran, penubuhan tabung, sumbangan tempat kerja dan khidmat sukarela.

Fokus Kami
Yayasan ini membiayai pelbagai keperluan masyarakat dalam bidang kesihatan, pelajaran, seni, kebajikan dan alam sekitar.

Yayasan Kumpulan Macquarie mengutamakan pemberian sokongan kepada organisasi di mana kakitangannya terlibat. Kami mencari peluang yang inovatif dan benar-benar responsif terhadap keperluan Masyarakat. Kami fokus terhadap kerjasama jangka panjang dengan organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan memberi sokongan kewangan dan menggembleng kemahiran dan kepakaran kakitangan Macquarie.

Kakitangan Dalam Masyarakat
Yayasan ini aktif menyokong kakitangan Macquarie yang ingin memenuhi kepentingan dan minat masyarakat mereka melalui pelbagai dasar, nasihat dan sumber.

Sokongan Derma Kakitangan
Yayasan Kumpulan Macquarie menyumbang derma yang sepadanan dengan derma kakitangan kami dibawah polisi sokongan derma kakitangan. Semua kakitangan tetap Macquarie layak untuk memohon kepada Yayasan untuk geran padanan untuk derma dan kutipan dana peribadi untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan. Permohonan untuk sokongan derma kakitangan hendaklah memenuhi kriteria pembiayaan Yayasan Kumpulan Macquarie.

Sokongan Penyertaan Kakitangan
Ramai kakitangan Macquarie bekerja untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan dalam kapasiti sebagai eksekutif, memberikan nasihat strategik atau memainkan peranan pengurusan. Sebagai menghargai khidmat mereka, Yayasan ini memberikan geran sekali sahaja kepada organisasi masyarakat di mana mereka berkhidmat dalam cara yang tersebut.

Jawatankuasa Penasihat Masyarakat
Jawatankuasa Penasihat Masyarakat terdiri daripada kakitangan di mana Macquarie beroperasi, berjumpa secara berkala untuk mendengar tentang program terkini Yayasan, menerima taklimat daripada organisasi bukan berasaskan keuntungan dan memberi maklum balas kepada kakitangan tentang peranan Yayasan kepada masyarakat.

Geran Khidmat Lama
Setiap tahun, lebih daripada 100 kakitangan Macquarie mencecah rekod perkhidmatan 10 tahun atau 25 tahun. Sebagai menghargai khidmat lama mereka, Yayasan memberi sumbangan kepada organisasi masyarakat pilihan mereka.

Hubungan

Julia Symons
Macquarie Group Foundation
Level 17
1 Martin Place
Sydney NSW Australia

GPO Box 4294
Sydney NSW 1164

Phone: +61 2 8232 7554
Fax: +61 2 8232 0019
Email: Julia.Symons@macquarie.com

Resources

Macquarie Group Foundation Annual Report 2006  (pdf 1.2MB)
 
Macquarie Group Foundation funding application guidelines  (pdf 2.64MB)
 



  Maklumat penting
© 2002-2008 Kumpulan Macquarie
 

Selain daripada Macquarie Bank Limited ABN 46 008 583 542 (MBL), mana-mana anak syarikat Macquarie yang disebutkan pada laman ini adalah bukan badan yang diberi kuasa menerima deposit menurut Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia 1989 (Akta 372) atau Akta Perbankan 1959 (Commonwealth of Australia).  Kewajipan anak syarikat tersebut tidak merupakan deposit atau liabiliti lain MBL.  MBL tidak menjamin atau memberi pengesyoran berkenaan dengan kewajipan anak syarikat tersebut, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.